top of page

Kuiz Pelaburan PNB 2015

Peringkat Saringan 

Tempat: Dewan Serbaguna IPGKPT
Waktu: 3:30 -4:30 ptg
Kehadiran : 372 pelajar.


Seperti tahun-tahun yang lepas, Kuiz Pelaburan PNB akan pasti diadakan di setiap IPG. Antara objektif Kuiz ini diadakan adalah untuk mengenalpasti dua orang yang layak mewakili IPG masing-masing ke peringkat separuh akhir dan akhir. Kuiz ini juga secara tidak langsung dapat  memberi pendedahan kepada pelaja-pelajar tentang alternatif yang terbaik dalam merancang masa depan kewangan mereka.  Ramai dalam kalangan pelajar tidak menyedari bahawa pelaburan merupakan alternatif simpanan masa depan yang sangat menguntungkan, justeru itu pihak PNB telah berusaha mempromosi produk mereka melalui kaedah ini.

 

Menurut statistik penyertaan Kuiz Pelaburan yang dikeluarkan oleh pihak PNB, penyertaan pelajar-pelajar IPG KPT telah meningkat setiap tahun. Bermula pada tahun 2009, hanya 74 pelajar yang menyertai Kuiz ini, tahun berikutnya ia meningkat kepada 187 orang dan seterusnya penyertaan paling tinggi adalah pada tahun ini iaitu 370 orang pelajar.


                                Tahun               2009      2010      2011      2012      2013      2014      2015
                               
                                Bil. pelajar           74        187        139        207        234        171         372


Apa yang menariknya, 10 penyertaan yang mendapat markah tertinggi akan diberikan hadiah berjumlah RM150 dalam bentuk pelaburan Amanah Saham Gemilang (ASG). Manakala 2 pelajar daripada 10 pelajar terbaik akan dipilih untuk mewakili IPG ke peringkat akhir.

Hadiah menarik menanti 5 peserta yang terpilih untuk ke peringkat akhir. Berikut adalah hadiahnya;

JOHAN
Piala pusingan, hadiah iringan dan wang tunai RM8,000
(RM5,000 kepada IPG, dan unit-unit ASG bernilai RM1,500 untuk setiap peserta)

NAIB JOHAN
Hadiah iringan dan wang tunai RM5,000
(RM2,000 kepada IPG, dan unit-unit ASG berniali RM1,000 untuk setiap peserta)

Tempat Ketiga
Hadiah iringan dan wang tunai RM3,000
(RM2,000 kepada IPG, dan unit-unit ASG bernilai RM500 untuk setiap peserta)

Saguhati ( ke 4 & 5)
Hadiah iringan dan wang tunai RM1,000
(RM600 kepada IPG dan unit-unit ASG bernilai RM200 untuk setiap peserta)

Kuiz Pelaburan 2015 Peringkat Akhir

Anjuran: Permodalan Nasional Berhad

Tempat: IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
KATEGORI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)

           
Pada 1 September 2015, peserta yang mewakili IPG KPT telah bersiap sedia mendaftar di Lobby The Katerina Hotel , Batu Pahat, Johor pada 2.00 petang. Pada jam 7.30 malam, semua peserta dan penyelaras kuiz dijemput untuk makan malam dan bersiap sedia untuk Ucapan alu-aluan Naib Presiden, Jabatan CSR, PNB dan Taklimat Pertandingan Separuh Akhir dan Akhir untuk memastikan pertandingan yang akan dijalankan pada dua hari akan datang dapat dijalankan dengan lancar.  

 

Pada 2 September 2015, bermulalah Kuiz Pelaburan 2015 yang telah diadakan di  Dewan Seri Budiman, IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Tepat jam 8.00 pagi, para peserta pertandingan diminta mengambil tempat di dewan dan pertandingan dimulakan dengan soalan kuiz

 

Aktiviti pertama pada pagi tersebut adalah menjawab soalan Kuiz sebanyak 40 soalan dalam tempoh masa  60 minit.   Para peserta perlu memahami soalan dengan jelas dan menjawab dengan pantas dengan menghantar jawapan yang tepat dengan menggunakan alat QRS yang disediakan oleh penganjur.

 

Aktiviti kedua pula adalah “crossword”. Peserta perlu menyempurnakan teka-teki perkataan dengan mengenal pasti terma yang dimaksudkan dalam petunjuk yang diberikan dan menyuai padankan terma tersebut dengan pernyataan yang diberikan.

 

Aktiviti ketiga pula adalah 'Anagram'. Sebanyak 50 soalan anagram telah diberikan di mana peserta perlu menyusun abjad-abjad untuk membentuk perkataan yang berkenaan dengan pelaburan, kewangan dan perniagaan. Masa yang diberikan adalah 30minit. 

 

Aktiviti ke empat adalah Sudoku. Peserta dikehendaki menyelesaikan permainan Sudoku dalam 3 tahap dalam tempoh 30 minit.

 

Aktiviti ke lima adalah suai logo atau produk. Terdapat 20 produk dicetakkan pada helaian kertas jawapan dan peserta dikehendaki melekatkan logo syarikat pada ruang yang disediakan di sebelah produk yang ditunjukkan.

 

“IQ Test” adalah merupakan aktiviti yang ke 6. Sebanyak 30 soalan IQ telah diberikan kepada peseerta untuk dijawab dalam tempoh masa 30 minit..

 

Aktiviti yang terakhir pula adalah aktiviti yang ke tujuh, iaitu puzzle. Peserta-peserta dikehendaki menyempurnakan lima puzzle yang mempunyai logo produk ASNB dalam lingkungan masa 20 minit. Aktiviti berakhir pada jam 5 petang.

 

Pada keesokkan harinya iaitu 3 September 2015, perlu melaksanakan aktiviti terakhir sebelum keputusan penih diumumkan iaitu “wordsearch” yang perlu disempurnakan dalam masa 20 minit.

 

Pada jam 10.00 pagi, 5 pasukan yang berjaya keperingkat akhir telah diumumkan iaitu IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, IPG Kampus Tunku Bainun, IPG Kampus Tun Hussein Onn dan IPG Kampus Sultan Mizan. 

 

            Berikut adalah keputusan akhir Kuiz Pelaburan 2015

 

Kedudukan     Institut Pendidikan Guru

Johan             IPGK Perempuan Melayu Melaka

Naib Johan    IPGK Temenggong Ibrahim

Ketiga            IPGK Tun Hussein Onn

Keempat        IPGK Tunku Bainun

Kelima           IPGK Sultan Mizan

            

bottom of page