top of page
Kursus Pembangunan Potfolio SKM Tahap 3, 4 & 5 Bidang Bukan Kejuruteraan.
Tarikh: 17 April - 22 April 2016
 
Kursus ini telah diadakan pada 17 April -22 April bertempat di IPGKPT. Seramai 20 orang calon yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari Kolej Vokasional telah menghadiri kursus ini. Seramai 14 orang calon yang memohon untuk mendapatkan Tahap 4 & 5 ini adalah calon Pengurusan Perniagaan, 5 calon Perakaunan dan 1 calon Insurans.
Kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan Berskala Kecil & Sedehana
Tarikh: 13 April - 14 April 2016
 
Kursus ini telah dijalankan di Bilik Tutorial IPGKPT pada 13 April - 14 April 2016. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang pengurusan kewangan serta rancangan perniagaan kepada staf sokongan dan juga pensyarah yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ilmu perniagaan. 
 
Kuiz Pelaburan PNB (Peringkat Pemilihan Wakil)
Tarikh: 2hb Ogos 2016
Kuiz ini telahpun di jalankan di peringkat IPG KPT pada 2hb Ogos 2016. Seramai 173 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar SEM 1,3 dan 5 telah menduduki Ujian Bertulis ini. Sebelum Ujian dijalankan, wakil dari ASNB Cawangan Seremban, En. Andi Rawzi Md Rawi telah memberikan taklimat kepada semua pelajar. 
Untuk tahun ini pihak PNB telah bermurah hati memberikan voucher berjumlah RM10 kepada pelajar yang menduduki Ujian Bertulis. Ini adalah merupakan salah satu promosi bagi menggalakkan pelajar-pelajar membuka akaun atau menambah simpanan mereka di ASB atau ASB2. 
Kuiz Pelaburan PNB 2016 (Akhir)
Tarikh: 27hb Sept - 30 Sept 2016

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 1 Malaysia 2015, Kategori Institut Pendidikan Guru Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir telah dijalankan pada 27 hingga 30 September 2016, bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) . Seperti biasa, pada tahun ini, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGK PT) telah menghantar dua orang wakil yang mendapat markah tertinggi dalam Ujian Bertulis pada Peringkat Kelayakan untuk bertanding dengan peserta-peserta dari 26 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang lain. Dua peserta daripada  IPG Kampus Pendidikan Teknik ialah Tan Kuan Tee dari 8 PISMP RBT 2 dan Noornee Nabilah Binti Razak dari 1 PISMP RBT 1.

Kategori Institut Pendidikan Guru telah diakhiri dengan keputusan berikut;

 

JOHAN - IPGK Ilmu Khas

NAIB JOHAN - IPGK Pendidikan Teknik

Ke-3 - IPGK Tunku Bainun

Ke-4 - IPGK Tun Hussein Onn

Ke-5 - IPGK Sultan Mizan  

bottom of page